Lepas daripada keputusan tu, keputusan matrik dan form six dah pun keluar. Alhamdulillah aku dapat sambung form six dan aku tak dapat sambung matrik. Mungkin ini anugerah yang Allah nak tunjukkan kepada aku. After keputusan matrik, masing masing tunggu keputusan upu sebab nak decide betul betul nak sambung belajar kat mana. So, unfotunately but Alhamdulillah Tuhan menguji aku lagi yang aku tak dapat pun mana mana universiti yang aku pilih dalam upu tu. Bunyi memang nampak macam 'sudah jatuh ditimpa tangga' tapi disebalik kejadian itu Tuhan bagi aku form six dan sekarang ni Alhamdulillah hati aku dah terbuka untuk masuk form six. Banyak hasutan orang yang aku dengar ada yang cakap form six ni susah sangat, nak skor pun cukup cukup makan je. *Actually memang susah tapi depends on subjek ape yang dieorang amek. Aku amek subjek BM, MUET, SEJARAH, EKONOMI, PENGAJIAN AM. Alhamdulillah mungkin rezeki aku ada dalam lima subjek ni. Aku sambung form six pun dekat Smk Datuk Bendahara, Jasin. Bulan Jun nanti baru aku boleh pindah ke Sek Men Tinggi Perempuan :) Lagi pun ada jugak kawan yang sambung form six kat sana. Persetankan apa orang cakap tentang form six. Yang penting kau tau yang kau akan berusaha bersungguh sungguh lagi :)
Kerajaan ni pun bagus jugak sebab kalau budak budak lepasan spm ni ramai yang takdapat upu tu, dieorang secara automatik akan terbuka hati nak masuk form six. So, memang ramailah yang daftar form six tu. Hehe, tapi tetap jugak nak menunggu upu untuk rayuan. InshaAllah kalau aku dapat rayuan tu, aku akan tolak form six untuk sambung belajar ke diploma. Kalau Allah tak bagi izin, aku akan tetap sambung form six :)
Memang ramai orang cakap pasal rezeki bila dah saat macam ni berlaku dalam diri mereka termasuk aku. Tapi bila difikirkan balik ada hikmah yang Tuhan nak tunjukkan dekat lepasan spm yang menganggur/takdapat mana mana ni. Ada jugak kawan aku yang cakap keputusan dia lagi better daripada si *** ni tapi kenapa dia dapat lebih daripada aku. Okay listen, memang keputusan kau lebih better daripada kawan kau tu tapi mungkin Tuhan nak bagi kau yang lebih baik daripada kawan kau tu. Cuma kau je yang tak nampak apa yang akan berlaku masa future nanti. Manalah tau kawan kau tu susah sangat nak dapat lepas pointer kat tempat best yang dia sambung tu and kau pulak senang senang je flow kau nak masuk degree nanti. See ? Alhamdulillah :) Tuhan beri kita dugaan sebab dia tau kita boleh hadapi dugaan tu dengan tenang. Alhamdulillah Tuhan masih sayangkan umatnya :)
