Assalamualaikum :) Sebagai manusia kita tak akan lari daripada menempuh pelbagai dugaan. Itu yang sedang aku alami buat masa sekarang. Aku tak tau kenapa rasa macam diri ini tak berguna untuk segalanya. Tapi alhamdulillah dengan berkat di sisi Allah aku tlah pun menemui jalan yang benar :)
Memang betul saat kita menempuh onak duri dunia derita sekali sekala mencuit hati. Hati remuk menangis sepanjang malam tidak henti kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati dan ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam terharu air mata tertumpah jugak.
Wahai hamba Ilahi, begitulah kehidupan dunia kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah telah aturkan untuk kita. Adakalanya kita berasa sangat gembira dengan kejayaan yang kita kecapi sekarang adakalanya kita tersangat kecewa dengan apa yang telah berlaku.
La Tahzan,
Jangan risau manusia Allah itu Tuhan kita :) Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya. Percayalah , Allah tidak akan menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum di sana , tertawa di sana , berbahagia di sana , InsyaAllah di syurga :) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh Indahnya :D
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T
Wahai hamba Allah , jangan bersedih kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokkan harinya.
Kesedihan demi kesedihan akan membuat kita semakin terperuk di dalam keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.
Gara-gara kesedihan air yang manis akan terasa pahit , makanan yang lazat terasa hambar , bunga mawar yang mekar mewangi akan kembali layu. Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah.
Wahai hamba Allah , lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan simpan...jadikan tauladan. Segala yang kau pandang dan dengar simpan...buat pedoman :)
Hey you ! Think positive okay. You don't know everything but Allah knows everything. Don't be sad Allah always with you. Sekian :D

No comments:
Post a Comment